Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
senandung sunyi seringkali gemersik
m'goncang teratak sukma
tatkala alam semarak rona
dlm lingkaran chy terang
Wahai Tuhanku Rabbul Izzati
disini aku b'teleku kadangkala terpana
merenung ke bongkah dosa kelmarin..
amat ngeri wahai Tuhanku!
tunduk aku amat malu
terkesima dlm munajat pnjg..
terus sujud di kaki langitmu
memohon agar dlm sendu sepi ini
aku diampuni kerana Engkaulah Yang Maha Pengampun
mohon ku lagi agar terus dilimpahi Rahmat kasihmu..
m'hapus bongkah dan palitan dosa itu
juraian air mata ada waktu mengalir lesu
bagaikn dosa tdk akan sirna b'lalu..
namun,dlm dendang nyanyi sunyi
keampunan-Mu tak henti2 ku pohon..
kernalah aku si kerdil yg baru b'temu jln pulang
menuju limpah rahmat kasih-Mu
sebersih awan seputih salju
tatkala pulang m'hadap-Mu nanti..
0 ulasan:
Catat Ulasan